Ikuti Kami:

“Awak Okay Tak?” – Peminat Malaysia Kerumun Hingga Jatuh, Kebaikan Song Jihyo Jadi Perhatian

“Awak Okay Tak?” – Peminat Malaysia Kerumun Hingga Jatuh, Kebaikan Song Jihyo Jadi Perhatian

Tiada siapa tahu bahawa Song Ji-hyo sebenarnya ada di Malaysia untuk satu festa kecantikan Korea di Petaling Jaya, Malaysia.

Hadir sebagai salah satu duta buat jenama kecantikan Korea, kehadiran pelakon wanita itu nyata menarik perhatian penduduk tempatan yang ingin melihata sekilas wajahnya secara berdepan.

Mungkin terlalu teruja, peminat dilihat mengerumuni booth yang dilawati oleh Song Ji-hyo sehingga mereka tertolak replika serum dan ada peminat yang terjatuh. Melihatkan kejadian itu, Song Ji-hyo terus menepis tangan pengawal keselamatan dan membantu peminat tersebut.

Tanyanya kepada peminat yang jatuh,

Awak okay tak?

Melihatkan sikap rendah diri dan berjaga-jaga Song Ji-hyo, kesemua peminat terus membanjiri pujian selain mengakui insiden berkenaan menguatkan lagi rasa cinta mereka buat wanita tersebut.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...