Mungkin sudah lama aktif dalam dunia hiburan, sepertinya Song Ji-hyo tak kisah dengan imejnya kini.
Terbaru, kesemua ahli “Running Man” telah ke Manila, Filipina bagi menjalani perjumpaan peminat selain turut menjalani misi di sana.
Dalam salah satu misi, mereka perlu mengejutkan setiap ahli dan bermain sebelum diberikan sarapan. Walau bagaimanapun, kesemua ahli nyata terkejut apabila melihat penampilan selamba Song Ji-hyo yang baru sahaja bangun tidur. Dengan rambut kusut masai serta pakaian tak terurus, ulas yang lain,
Kenapa awak ni? Awak pakai kasut sebelah sahaja?
Balas Ji Suk-jin,
Betul lah dia tidur sesungguhnya.
Usik Yang Se-chan,
Rambutnya macam singa 80-an.
Semasa sedang menjamu selera, mereka sekali lagi terkejut melihat penampilan wanita itu,
Awak okay ke macam ni?
Ujar Jeon So-min,
Kakak, cuba pakai topi.
Ahli yang lain seperti Haha cuba membalut kepala Song Ji-hyo dengan sapu tangan namun akhirnya dia memakai topi yang diberikan Yoo Jae-suk bagi menutup rambutnya yang tidak terurus itu. Pengacara itu berkata,
Awak memang hebat Song Ji-hyo.
Kalau dah cantik kan..
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉