Ikuti Kami:

“Awak Nak Kahwini Saya?” – Kim Jongkook & Song Jihyo Rapat Dalam Teaser Spin-Off ‘Running Man’

“Awak Nak Kahwini Saya?” – Kim Jongkook & Song Jihyo Rapat Dalam Teaser Spin-Off ‘Running Man’

Korang dah ready nak tengok spin-off program popular iaitu “Running Man: More Playing Than Running” di Disney+ nanti?

Terbaru, saluran penstriman berkenaan telah meriliskan teaser pertama untuk program berkenaan. Dapat dilihat hos tetap Kim Jong-kook, Haha dan Ji Suk-jin bermain pelbagai permainan bersama tetamu jemputan seperti Song Ji-hyo, Yang Se-chan, Defconn, Kim Jong-min, Yoon Se-yoon, Choi Joon dan ramai lagi.

Lagi pula, ramai yang teruja apabila Kim Jong-kook dan Song Ji-hyo menunjukkan aksi yang rapat di dalam teasernya. Selain berpelukan, Song Ji-hyo turut mengutarakan sesuatu yang membuatkan peminat gembira,

Awak mahu berkahwin dengan saya?

Bagi yang dah tak sabar nak tengok, “Running Man: More Playing Than Running” akan ditayangkan bermula 12 November ini. Dua episod berturut-turut akan ditayangkan pada setiap Rabu selepas episod perdana ke udara pada Jumaat nanti.

Jadi, jangan terlepas!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...