Ikuti Kami:

“Awak Memang Pembuli, Kan?” – Lee Eunsaem Kongsi Reaksi Junho & Lee Seyoung Tonton ‘All Of Us Are Dead’

“Awak Memang Pembuli, Kan?” – Lee Eunsaem Kongsi Reaksi Junho & Lee Seyoung Tonton ‘All Of Us Are Dead’

Ada tak yang rindukan drama “The Red Sleeve”?

Pada 23 Mac, Lee Eun-saem yang merupakan salah seorang pelakon dalam “The Red Sleeve”, telah muncul dalam program MBC “Radio Star” sebagai tetamu.

Semasa berbual, Lee Eun-saem bercakap tentang perhatian yang dia dapat berikutan penampilannya dalam siri Netflix “All of Us Are Dead”. Untuk pengetahuan, “All of Us Are Dead” mengisahkan tentang wabak zombi yang bermula di sebuah sekolah menengah dan memerangkap pelajar yang cuba berjuang untuk keluar. Dalam siri itu, Lee Eun-saem memainkan watak Park Mi-jin, yang banyak mengeluarkan kata-kata makian sepanjang drama tersebut.

lee eunsaem all of us are dead

Lee Eun-saem berkata,

Semasa kami menjalani penggambaran siri kami, ahli pelakon dan saya membincangkan berapa ramai pengikut yang mungkin kami peroleh selepas tayangan perdana. Kami menjangkakan untuk mendapat penambahan pengikut, kerana siri kami dikeluarkan sejurus selepas kejayaan global ‘Squid Game’. Tetapi kami tidak pernah menjangkakan akan mencapai tahap sebesar ini.

Lee Eun-saem menambah,

Kira-kira lima hari selepas tayangan perdana, saya akan bangun dengan lebih beribu-ribu pengikut setiap hari. Kini, saya mempunyai 1,100,000 pengikut di Instagram.

lee seyoung junho

Kemudian, Lee Eun-saem turut berkongsi respon dari pelakon bersama “The Red Sleeve” Jun-ho 2PM dan Lee Se-young terhadap wataknya dalam “All of Us Are Dead”. Lee Eun-saem menyatakan sambil ketawa,

Apabila Jun-ho menonton ‘All of Us Are Dead’, dia menghantar mesej kepada saya berkata, ‘Awak benar-benar pembuli, bukan? Saya mula berfikir dan benar-benar percaya bahawa Mi-jin adalah awak dalam kehidupan sebenar’. Lee Se-young juga turut memberi komen ‘Saya suka watak awak! Ia sangat memuaskan untuk menontonnya!’.

Lee Eun-saem memang seorang pelakon yang versatil, kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...