Ikuti Kami:

“Awak Masih Milik Saya” – Tak Jadi Berlakon Bersama, Han Sohee Luah Perasaan Pada Song Hyekyo

“Awak Masih Milik Saya” – Tak Jadi Berlakon Bersama, Han Sohee Luah Perasaan Pada Song Hyekyo

Pasti ramai yang sedih kan selepas dapat tahu Song Hye-kyo dan Han So-hee telah menarik diri untuk muncul dalam drama “The Price of Confession”..

Bagi yang belum tahu, Song Hye-kyo dan Han So-hee telah membatalkan keputusan mereka untuk membintangi drama “The Price of Confession” atas sebab tertentu.

Pada hari yang sama, Song Hye-kyo telah memuat naik video baru di Instagram peribadinya, dan Han So-hee dilihat meninggalkan komen dengan menulis,

Awak masih milik saya.

Nampaknya, pelakon “My Name” itu seolah-olah memberitahu orang ramai bahawa dia akan tetap berkawan rapat dengan Song Hye-kyo, meskipun kedua-dua mereka tidak berpeluang untuk berlakon bersama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Song hyekyo (@kyo1122)

Sebagai tindak balas, Song Hye-kyo hanya membalas komen tersebut dengan ketawa, sambil meletakkan emoji love.

Dalam pada itu, pasukan produksi telah memberitahu sebab pembatalan dua pelakon wanita itu dalam “The Price of Confession” dengan menyatakan,

Mungkin ada pelbagai cerita, tetapi pada ketika ini, nampaknya saya berhati-hati untuk menyebutnya atas sebab tertentu.

Jangan risau, Song Hye-kyo dan Han So-hee masih best friend tau!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...