Ikuti Kami:

“Awak Macam Bab*!” – Pengalaman Perit, IU Imbas Kembali Momen Pernah Dimaki Penonton

“Awak Macam Bab*!” – Pengalaman Perit, IU Imbas Kembali Momen Pernah Dimaki Penonton

Bukan senang tau untuk IU berjaya sehingga ke tahap ini.

Terbaru, IU telah memuat naik video di sebalik tabir penggambaran muzik video untuk lagu “Love Wins All” dan turut mengimbas kembali momen ketika dia kali pertama membuat persembahan di atas pentas.

Dalam video itu, seorang staf bertanya kepada wanita tersebut sekiranya dia pernah dikutuk atau diejek ketika sedang melakukan persembahan. Jawab IU,

Saya tidak pernah melalui pengalaman seperti itu sebelum ini kecuali untuk kali pertama saya di atas pentas. Jangan buat saya mengingati kenangan yang menyakitkan!

Sebelum ini, penyanyi lagu “Blueming” itu pernah berkongsi pengalaman perit ketika dia kali pertama debut di pentas muzik pada 2008,

Pentas debut saya adalah di rancangan muzik di rangkaian TV kabel. Ketika itu, ada beberapa kumpulan lelaki akan membuat persembahan dan ramai peminat wanita datang untuk menonton mereka.

IU

Sambungnya lagi,

Tidak lama selepas saya mula menyanyi, seorang penonton menjerit, ‘Hei, awak tidak berlatih ke?’. Saya sedang menyanyikan lagu balada jadi, saya dapat dengar segala-galanya. Selepas itu, ada banyak lagi kata-kata kejam yang dilontarkan pada saya. Saya juga mendengar orang kata ‘Awak kelihatan seperti babi!’.

Meskipun berasa sedih dan kecewa, IU mengaku bahawa kejadian tersebut telah mengajarnya untuk menjadi lebih kuat dalam industri hiburan yang penuh cabaran ini,

Selepas apa yang berlaku, saya menjadi lebih berani di atas pentas. Saya tidak terganggu sekiranya tiada orang memberi respon dengan persembahan saya malahan, sorakan yang paling kecil juga membuatkan saya rasa teruja dan bertenaga.

Tengok la IU sekarang, dah popular dan berjaya tau!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...