“Awak Jumpa Zombi Ke?” – Yoo Jaesuk Usik Lee Mijoo Sebab Pakai Baju Seksi
- oleh Fareen
- 4 tahuns lalu
Penonton pastinya sudah terbiasa dengan perbalahan antara Yoo Jae-suk dan Lee Mi-joo.
Artikel Berkaitan
Terbaru pada siaran 17 September program “Hangout with Yoo”, semua ahli sedang menjalankan misi yang dipanggil ‘berkumpul dan keluar kerja’, yang membolehkan mereka untuk berhenti kerja sekiranya semua membuat pilihan yang sama.
Yoo Jae-suk adalah orang pertama yang tiba dan sedang menunggu ketibaan ahli lain di ruang menunggu. Sebaik sahaja Lee Mi-joo datang dengan baju merah jambunya yang mendedahkan bahagian lengan dan perutnya, Yoo Jae-suk dan Lee Yi-kyung terus ketawa dan mula mengkritik pakaiannya.
Adakah anda bertemu zombi dalam perjalanan ke sini? Di mana ia koyak?

Sebagai tindak balas, Lee Mi-joo memberi respon,
Saya sedang digigit oleh abang-abang ini sekarang. Saya berpakaian kemas dan datang ke sini. Kenapa kamu bereaksi begitu?
Kemudian, Yoo Jae-suk sambung bergurau dan menunjukkan bahagian perut Mi-joo yang terdedah sambil berkata,
Ada apa dengan bahagian ini?
Amboi, kuat sakat betul Yoo Jae-suk ni.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




