Ikuti Kami:

“Awak Dah Buat Terbaik” – Lee Sunbin Tuju Kata Semangat Buat Hari Terakhir Lee Kwangsoo Di ‘Running Man’?

“Awak Dah Buat Terbaik” – Lee Sunbin Tuju Kata Semangat Buat Hari Terakhir Lee Kwangsoo Di ‘Running Man’?

Rasanya peminat “Running Man” pastinya tahu bahawa kelmarin adalah penggambaran terakhir Lee Kwang-soo sebagai ahli rancangan tersebut selepas 11 tahun berlari bersama.

Keputusan sedih itu dibuat disebabkan oleh kecederaan kakinya yang masih belum pulih akibat kemalangan kecil yang dihadapi pelkaon lelaki berkenaan sekitar tahun lepas.

Sedih dengan berita tersebut, namun rata-rata peminat tersentuh melihat mesej tersirat yang ditinggalkan oleh kekasih Lee Kwang-soo, Lee Sun-bin menerusi laman Instagram miliknya kelmarin.

lee sunbin dan lee kwangsoo

Awak bekerja keras untuk hari ini. Awak sudah lakukan yang terbaik dan akan lakukan lebih lagi nanti.

Meskipun tidak menujukan entri tersebut secara spesifik kepada sesiapa, namun netizen menebak bahawa Lee Sun-bin memberikan kata-kata semangat tersebut sempena hari terakhir Lee Kwang-soo sebagai ahli “Running Man”.

Kesemuanya tersentuh melihat sokongan padu wanita itu dan sentiasa berharap agar pasangan selebriti tersebut kekal sehingga selamanya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...