Ikuti Kami:

“Awak Cuba Cium Saya..” – Akan Berkolaborasi? Peminat Terkejut Lihat Interaksi Rosé BP Bersama Bruno Mars

“Awak Cuba Cium Saya..” – Akan Berkolaborasi? Peminat Terkejut Lihat Interaksi Rosé BP Bersama Bruno Mars

Pasti ramai yang teruja kan untuk album solo baru dari Rosé?

Sebelum ini, Rosé telah mengumumkan keluaran album solonya “Rosie”, yang akan menemui peminat pada 6 Disember ini.

Terbaru, penyanyi “On the Ground” itu telah memuat naik fotonya bersama Bruno Mars dan menulis,

Malam di mana saya mengajar Bruno cara bermainan permainan ‘minum’ Korea.

Meninjau di ruangan komen, penyanyi popular Amerika itu membalas,

Seronok sangat! Ingat tak masa awak cuba cium saya? Itu pelik. Selain itu, gambar ni menarik!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ROSÉ (@roses_are_rosie)

Menarik perhatian, Rosé turut membalas semula komen lelaki itu dan dia sepertinya memberi ‘hint’ tentang kolaborasi mereka dengan berkata,

Saya akan bunuh awak. Tarik semula apa yang awak kata atau saya tak akan mengeluarkan lagu itu, Bruno.

Meskipun tiada apa yang disahkan lagi setakat ini, peminat rata-rata sudah teruja untuk melihat kerjasama mereka dan berharap agar Bruno Mars akan menjadi salah seorang penyanyi yang akan terlibat untuk album solo Rosé nanti.

Sama-sama kita nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Newsis

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...