Tidak semena-mena, Jeon So-min dan Go Kyung-pyo terpalit dengan khabar angin percintaan.
Terbaru menerusi program “Sixth Sense: City Tour”, Jeon So-min dan Oh Na-ra telah tampil sebagai tetamu, menyertai ahli tetap lain termasuklah Go Kyung-pyo.
Ketika mereka sedang mengembara di sebuah bandar, Go Kyung-pyo mengejutkan ahli lain apabila dia tiba-tiba memberikan pujian kepada Jeon So-min. Kata lelaki itu,
Awak sangat cantik. Awak juga dah menurunkan berat badan.
Malahan apabila wanita itu berkata bahawa dia berasa sejuk, Go Kyung-pyo tanpa teragak-agak terus menawarkan sarung tangannya kepadanya.
Melihat interaksi mesra mereka, Song Eun-i terus berkata,
Mereka berdua bercinta.
Mendengar dakwaan tersebut, Jeon So-min dengan cepat menafikannya dan menjelaskan,
Tidak, kami tak bercinta. Kami pernah bekerjasama dalam drama ‘Cross’ sebelum ini jadi, kami memang dah berkawan baik sejak itu,
Comel pula diorang ni hehe!