Ikuti Kami:

“Awak Boleh Lihat Jadual Saya” – Bona WJSN Ulas Populariti Selepas ‘Twenty Five, Twenty One’

“Awak Boleh Lihat Jadual Saya” – Bona WJSN Ulas Populariti Selepas ‘Twenty Five, Twenty One’

Siapa sangka, tuah Bona WJSN nampaknya terletak pada drama “Twenty Five, Twenty One”.

Pada siaran 16 April program “Omniscient Interfering View”, ahli WJSN Bona telah muncul sebagai tetamu. Selepas penampilannya dalam “Twenty Five, Twenty One” sebagai Ko Yu-rim, tidak dinafikan popularitinya semakin meningkat naik. Pada awalnya, ahli program itu Jeon Hyun-moo bertanya,

Bona telah menjadi bualan ramai dengan drama ‘Twenty Five, Twenty One’. Bilakah awak mula menyedari populariti awak?

Bona menjawab,

Sebelum ini, orang tidak mengenali saya apabila saya memakai topi atau topeng muka, tetapi hari ini, mereka mengenali saya serta-merta. Atau, anda boleh lihat jadual saya.

wjsn bona Omniscient Interfering View

Bona yang menjalankan aktivitinya sebagai idola daripada kumpulan gadis WJSN dan sebagai pelakon pada masa yang sama, turut menambah,

Semua orang mengatakan imej saya langsung tidak sepadan dengan Yu-rim sebagai kehidupan bergandanya, selepas menonton video saya sebagai idola.

Mendengar apa yang dikatakan Bona, Lee Young-jae terus memuji,

Rasanya seperti Ko Yu-rim melakukan kerja sampingan sebagai Bona. Itu kerana lakonan awak sangat bagus.

Kemudian, Bona turut mendedahkan bahawa dia telah menerima banyak tawaran untuk projek lakonannya yang seterusnya sambil berkata,

Sambutan penonton jauh lebih baik daripada yang saya fikirkan, jadi saya hidup bahagia dan mesra.

bona twenty five twenty one

Teruja untuk lihat drama lakonan Bona yang seterusnya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...