Ikuti Kami:

“Awak Berlakon Jadi Bodoh Ke?” – Na Inwoo Ulas Perbezaan Personaliti Dalam ‘2 Days 1 Night’ & ‘Marry My Husband’

“Awak Berlakon Jadi Bodoh Ke?” – Na Inwoo Ulas Perbezaan Personaliti Dalam ‘2 Days 1 Night’ & ‘Marry My Husband’

Kalau tengok Na In-woo berlakon dalam “Marry My Husband”, memang berbeza betul dengan personalitinya dalam “2 Days 1 Night” kan?

Terbaru dalam siaran 4 Februari program “2 Days 1 Night”, ahli telah bercakap tentang kejayaan drama Na In-woo iaitu “Marry My Husband” dan turut mengusiknya dek perbezaan personalitinya dalam program itu serta ketika dia melakonkan watak Yoo Ji-hyuk.

Pada awalnya, Moon Se-yoon memuji lakonannya,

Kaedah lakonannya membuatkan saya merinding.

Kim Jong-min kemudiannya bertanya kepada lelaki itu,

Jadi, adakah awak sengaja berlakon bodoh sampai sekarang? Mengapa suara awak begitu hebat dan berbeza dalam drama?

na inwoo 2 days & 1 night

Respon Na In-woo,

Drama kan mempunyai skrip.

Balas ahli secara berseloroh,

Di sini juga kita ada skrip!

Maknanya, Na In-woo memang seorang pelakon hebat la!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily  untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...