Ikuti Kami:

“Awak B****!” – Sering Terima Mesej Jahat Di IG, Jin Bekas Ahli LOVELYZ Bakal Ambil Tindakan

“Awak B****!” – Sering Terima Mesej Jahat Di IG, Jin Bekas Ahli LOVELYZ Bakal Ambil Tindakan

Pada 15 Disember, bekas ahli LOVELYZ Jin, mendedahkan niatnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penyerang dalam talian yang berniat jahat.

Di Instagram miliknya, Jin meluahkan bahawa dia telah menerima mesej ganas melalui DM dan panggilan Instagram sejak setahun lalu. Jin menulis,

Sejak September lalu dan sekarang, ada seorang yang menghantar mesej kepada saya yang penuh dengan cerita khayalan yang terfikir di kepala mereka, sarat dengan bahasa mengutuk. Kadang-kadang, mereka juga cuba menghubungi saya melalui Instagram. Mereka menggunakan banyak nama pengguna yang berbeza, tetapi berdasarkan kandungan atau perkataan mesej, saya percaya bahawa ia adalah satu orang yang sama tapi menggunakan berbilang akaun. Dia sering mengutuk tentang penampilan luar saya atau serangan tentang watak saya, malah mereka menuduh saya mengikut perangai atau gaya solekan mereka. Mereka juga secara palsu menuduh saya bercinta dengan artis ‘sunbae’ dan memberi amaran kepada saya supaya berhenti menyusahkan mereka. Tapi yang betul-betul susah ialah saya…mula-mula saya rasa akan tenang kalau saya abaikan. Tetapi selepas menahan serangan ini selama setahun yang lalu, hati saya menjadi terlalu sakit. Sekarang, saya telah memutuskan bahawa saya tidak boleh menahan diri lagi, untuk melindungi diri saya. Sekiranya aktiviti di atas berterusan, saya tidak mempunyai pilihan selain bertindak balas dengan tindakan undang-undang yang kukuh.

lovelyz jin malicious comment

Jin kemudiannya turut mendedahkan beberapa DM Instagram berniat jahat yang dia terima daripada penyerang ini, yang mengandungi mesej seperti,

Adakah awak b**** gila itu yang merosakkan hidup kawan saya? Awak b**** sila hidup dengan betul!

Berhenti menyekat saya dan renungkan betapa buruknya awak.

Saya boleh hidup dengan banyak perkara, tetapi saya tidak boleh hidup dengan orang seperti kamu yang cuai, tidak sopan, kurang ajar, dan bodoh.

Jin juga memberi jaminan kepada pengikutnya bahawa kandungan seperti nombor telefon atau alamat yang disebut dalam DM di atas tidak lagi berkaitan dengannya, jadi privasinya terjamin.

lovelyz jin

Harap-harap lepas ni Jin akan terus ambil tindakan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...