Ikuti Kami:

“Awak Agak Menakutkan” – Kaji ‘The Witch’s Diner’, Yoo Jaesuk Beri Sokongan Buat Song Jihyo

“Awak Agak Menakutkan” – Kaji ‘The Witch’s Diner’, Yoo Jaesuk Beri Sokongan Buat Song Jihyo

Membawa watak ahli sihir, pastinya ramai yang kagum melihat penampilan Song Ji-hyo yang ‘rare’ dalam “The Witch’s Diner”.

Pakaian yang sofistikated, rambut diwarnakan merah, pemakaian lens berwarna dan suara yang kuat dan lantang, ini ialah antara percubaan terbaru pelakon wanita menerusi drama web berkenaan.

Bukan sahaja Song Ji-hyo yang tak sangka dirinya mampu membawa watak sebegitu malah ahli “Running Man” yang lain juga mengutarakan hal yang sama.

Jelas Song Ji-hyo,

Kebanyakan ahli mengatakan bahawa saya sesuai dengan watak tersebut.

song jihyo the witch's dinerNamun lain pula respon Yoo Jae-suk,

Yoo Jae-suk memang melihat semua kandungan yang ada. Walaupun tidak berkata banyak mengenai ‘The Witch’s Diner’ tapi ini ucapnya semasa drama itu baru bermula, ‘Ji-hyo ya, awak agak menakutkan’.

Nampak tak keakraban mereka? Walaupun hanya drama web, namun kesemua ahli terutamanya Yoo Jae-suk dalam diam melihat drama yang dilakonkan oleh Song Ji-hyo.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...