ATEEZ Umum World Tour 2022, Serta Dedah Tarikh & Lokasi

ATEEZ world tour

ATEEZ akan mengadakan konsert World Tour mereka tahun depan!

Pada 14 November, selepas konsert dalam talian mereka “ATEEZ XR Show [FEVER: eXtended edition]”, ATEEZ mengumumkan pelancaran jelajah dunia 2022 mereka, “The Fellowship: Beginning of the End”.

Jelajah dunia ATEEZ sebelum ini, “The Fellowship: Map the Treasure”, telah dipendekkan pada 2020 disebabkan wabak pandemik COVID-19.

ATEEZ 2022 WORLD TOURATEEZ telah mengumumkan secara rasmi tarikh dan bandar untuk jelajah dunia mereka yang akan datang “The Fellowship: Beginning of the End”! Selepas bermula di Seoul pada 7 Januari 2022, lawatan ATEEZ akan membawa mereka ke lima bandar di Amerika Syarikat iaitu di Chicago, Atlanta, Newark, Dallas dan Los Angeles serta enam bandar di Eropah iaitu Amsterdam, London, Paris, Berlin, Warsaw, dan Madrid.

ATEEZ juga telah berkongsi video teaser untuk mengumumkan konsert jelajah dunia 2022. Tonton video di atas!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

1 komen

Leave a Reply