Siapa sangka kan, Ryu Jun-yeol dengan Krystal ni rapat juga sebenarnya.
Baru-baru ini, heboh mengenai Ryu Jun-yeol dan Krystal yang dilihat menonton perlawanan tenis di ‘U.S. Open’, yang berlangsung di New York.
Melihat video yang dikongsi paparazi, kedua selebriti itu duduk bersebelahan di situ dan turut mesra berborak sepanjang perlawanan berlangsung.
Malahan ketika acara Ralph Lauren pada hari sehari sebelum, mereka juga ada bergambar bersama dan Krystal telah memuat naik gambar itu di Instagram Storynya.
Taylor bailando las de bad bunny jdjd pic.twitter.com/ZP996ygk7H
— La Tia Puercaylor N1 & N4 🇲🇽 (@LaPuercaylor) September 8, 2024
Selain netizen yang mempersoalkan tentang hubungan mereka, ramai juga nampaknya meminta agar Krystal menjauhkan diri dari Ryu Jun-yeol disebabkan kontroversinya bersama bekas kekasih sebelum ini.
Antara komen yang ditulis,
- Kenapa Ryu Jun-yeol asyik rapat dengan wanita cantik je?
- Dia ni mesti nak pilih perempuan lahir 1994 je.
- Saya rasa mereka pergi untuk jenama Ralph Lauren je.
- Krystal kan ada standard tinggi jadi tak perlu risau.
Kawan je tu kot..