Pasti ramai yang tahu bahawa Jang Na-ra telah pun menamatkan zaman bujangnya pada 2 tahun yang lalu.
Baru-baru ini, Nam Ji-hyun telah muncul dalam saluran YouTube ‘Bbam Bbam’ dan bercakap tentang rakan pelakonnya dari “Good Partner” iaitu Jang Na-ra.
Khususnya, Nam Ji-hyun ada berkongsi cerita ketika melakukan penggambaran bersama Jang Na-ra untuk drama tersebut. Kongsinya,
Jang Na-ra sangat kerap menghubungsi suaminya. Nampaknya, mereka sering membuat panggilan pendek atau mengambil gambar dan menghantar mesej pada satu sama lain.
Dedah Nam Ji-hyun lagi,
Ekspresinya terus menjadi ceria apabila dia menelefon suaminya. Ia sangat seronok untuk dilihat.
Manja rupanya Jang Na-ra ni!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.