Sudah 7 tahun bercinta secara terbuka, rata-rata rakan selebriti memang suka mengusik Lee Sun-bin dan Lee Kwang-soo.
Terbaru, pelakon wanita itu telah menyertai “The Sixth Sense” sebagai tetamu. Dalam episod kali ini, para ahli dan tetamu perlu mencari restoran palsu.
Semasa dalam perjalanan ke lokasi seterusnya, Lee Sun-bin bertanya kepada ahli-ahli,
Kalau kita gagal mencari restoran palsu, apa hukuman yang akan dikenakan?
Go Kyung-pyo mencadangkan mereka memuat naik foto dengan gaya Y2K tanpa sebarang penjelasan dan Mimi menambah,
Muat naik gambar selfie sambil menangis, macam baru putus cinta hari ini.
Kemudian, Song Eun-yi mencadangkan untuk menggunakan hubungan terbuka Lee Sun-bin, sambil bergurau,
Kalau buat macam tu mesti kelakar. ‘Malam ni rindu sangat dekat dia.’
Namun, Mimi meluahkan rasa risau sekiranya hal itu akan menimbulkan kahabr angin bahawa wanita itu sudah berpisah (bersama Lee kwang-soo). Lee Sun-bin dengan tenang menjawab,
Asalkan bukan saya yang kalah, tak apa.
Di akhir episod, Mimi terpilih sebagai yang kalah lantas menjadikan ini sebagai kekalahan berturut-turut sebanyak tiga kali oleh ahli OH MY GIRL itu.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.