Ikuti Kami:

“Asal Buat Salah, Mesti Lari Jadi Tentera” – Bakal Masuk Tentera Oktober Ini, Netizen Luah Rasa Geram

“Asal Buat Salah, Mesti Lari Jadi Tentera” – Bakal Masuk Tentera Oktober Ini, Netizen Luah Rasa Geram

Rasanya masih ramai terkejut dengan laporan kes buli Jisoo semasa dia masih bersekolah kan?

Sudah pun memohon maaf, namun insiden itu nyata mencalarkan imejnya sebagai pelakon sampaikan dia digugurkan daripada drama “River Where The Moon Rises” yang sedang ditayangkan kini.

Diam tak diam, Jisoo disahkan bakal menyertai latihan ketenteraan wajib pada Oktober nanti. Khabarnya, dia sudah menerima panggilan tersebut sejak Disember lepas dan dia akan menjalani tempoh latihan asas selama 4 minggu sebelum meneruskan tugasan sebagai pekerja awam sehingga tamat perkhidmatan.

jisoo buli

Mendengarkan khabar berikut, rata-rata netizen meluahkan rasa marah kerana sesetengah artis yang selalu mengambil jalan mudah dengan ‘melarikan diri’ ke tentera apabila melakukan kesalahan.

Apabila ada masalah sahaja, mesti lari jadi tentera.

 

Kalau seteruk itu, bukannya patut masuk tentera tapi patut dihantar ke penjara. Kalau dia buat hal dekat dalam markas, siapa yang akan bertanggungjawab?

 

Para jurulatih tentera, sila ‘ajar’ dia.

 

Jangan keluar TV langsung dah, Dia melampau sangat…

 

Patutnya masuk penjara…

Hmmm…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...