Ikuti Kami:

Ada Sebab Tersendiri, 6 Artis Korea Ini Tak Malu Mengaku Lakukan Pembedahan Plastik

Ada Sebab Tersendiri, 6 Artis Korea Ini Tak Malu Mengaku Lakukan Pembedahan Plastik

Korea Selatan sangat terkenal dengan operasi pembedahan plastik.

Kali ini KimchiDaily nak kongsikan beberapa selebriti Korea yang tidak takut untuk mengaku bahawa telah melakukan prosedur itu.

Jessi 

artis korea mengaku melakukan pembedahan plastik

Penyanyi rap dan penghibur terkenal, Jessi dengan yakin membincangkan tentang pembedahan plastiknya dalam episod “Happy Together”. Dia mengaku bahawa telah menjalani prosedur pembedahan payudara, dan dia tidak tersinggung apabila orang mengatakan ianya kelihatan ‘terlalu palsu’.

Minzy 2NE1

artis korea mengaku melakukan pembedahan plastik

Bekas agensi Minzy YG Entertainment, menafikan dakwaan bahawa dia melakukan pembedahan plastik pada mulanya. Mereka mengaitkan penampilannya berubah kerana usia yang semakin meningkat. Bagaimanapun, Minzy akhirnya mengakui bahawa dia telah menjalani pembedahan plastik pada bahagian hidungnya. Penyanyi ini berkata dia bukan suka-suka mahu mengubah hidung, malah ia adalah disebabkan masalah kesihatan.

Sejak dahulu lagi, saya menderita apabila menyanyi dan menari kerana rinitis. Apabila saya pergi ke hospital, mereka memberitahu saya perlu pembedahan kerana hidung saya senget ke hadapan.

Park Minyoung 

artis korea mengaku melakukan pembedahan plastik

Netizen mula mengesyaki bahawa pelakon wanita ini telah melakukan pembedahan plastik ketika foto sekolah lamanya muncul dalam talian. Disebabkan itu, Park Min-young membuat keputusan untuk mendedahkan bahawa dia memang melakukan prosedur itu. Tambahnya, dia telah menjalani pembedahan kelopak mata dua kali semasa di sekolah menengah dan pembedahan pada bahagian hidung dilakukan kerana ia sedikit bengkok.

Seterusnya, menjelaskan mengapa dia mendedahkan hal ini, Park Min-young berkata ia adalah idea yang baik untuk menyatakan sesuatu secara jujur. Selain itu dia juga berkata, masa lalu adalah sesuatu yang sudah terjadi dan ia mungkin tidak akan berulang lagi. Wanita cantik jelita ini berharap agar orang ramai lebih fokus kepada ‘Park Min-young’ yang sekarang.

Hwang Kwanghee ZE:A

artis korea mengaku melakukan pembedahan plastik

Hwang Kwang-hee secara santai bercakap dia telah mendapatkan pembedahan kosmetik. Dia berkongsi semasa menjadi tetamu untuk satu rancangan TV, bahawa dia telah melakukan pembedahan pada mata, hidung, dagu dan dahinya. Malah, dalam episod “Cool Kids”, dia mendedahkan bahawa satu-satunya bahagian wajah yang tidak dibedah adalah tulang pipinya.

Hyomin T-ara

artis korea mengaku melakukan pembedahan plastik

Hyo-min menangani khabar angin bahawa dia melakukan pembedahan plastik dengan tenang semasa permainan kuiz dalam rancangan “Sports Chosun”. Apabila ditanya sama ada gosip itu betul atau tidak, dia menjawab ya, tetapi tidak menyebut secara spesifik bahagian yang dibedah. Kata Hyo-min,

Masyarakat menjadi sangat mementingkan penampilan serta paras rupa sejak akhir-akhir ini. Tugas saya dalam industri perlu menghiburkan ramai orang dan ianya agak mustahil untuk melakukannya jika tidak punyai rupa yang cantik.

Min Hyorin

artis korea mengaku melakukan pembedahan plastik

Isteri cantik kepada penyanyi popular Taeyang, mempunyai ‘hidung sempurna’ dan sering menjadi bualan netizen yang mengatakan ia tidak semula jadi. Pada tahun 2012, Min Hyo-rin muncul di “One Night TV Entertainment” menafikan khabar angin bahawa dia melakukan rhinoplasty tetapi juga, mendedahkan bahawa dia terpaksa menjalani pembedahan kelopak mata.

Tak perlu sorok apa-apa pun.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...