Ikuti Kami:

Arin OH MY GIRL & Yoo Insoo Sertai Lee Jaewook, Jung Somin & Minhyun Dalam ‘Return’

Arin OH MY GIRL & Yoo Insoo Sertai Lee Jaewook, Jung Somin & Minhyun Dalam ‘Return’

Arin OH MY GIRL dan Yoo In-soo akan turut membintagi drama tvN akan datang “Return”!

“Return” yang ditulis oleh duo ‘Hong Sisters’ ialah drama percintaan fantasi yang berlangsung di negara Daeho fiksyen, sebuah negara yang tidak wujud dalam sejarah atau di peta. Cerita ini mengikuti watak utama yang nasibnya menjadi berpintal kerana sihir yang menukar jiwa orang.

Arin akan memegang watak Jin Cho-yeon, anak bongsu keluarga Jin. Walaupun dia kelihatan glamor dan elegan pada luarannya, Jin Cho-yeon adalah seorang yang tidak matang dan berjiwa murni serta tidak bersalah seperti kanak-kanak.

Sementara itu, Yoo In-soo yang telah menerima perhatian dalam “All Of Us Are Dead” akan memainkan watak Park Dang-gu, pewaris keluarga kaya dalam 1 peratus teratas Daeho. Walaupun menjadi pewaris keluarga penting, Park Dang-gu yang popular dan suka keluar, lebih berminat untuk berpesta.

tvn return

Tambahan, Arin dan Yoo In-soo akan menyertai Lee Jae-wook, Jung So-min, Min-hyun NU’EST, Shin Seung-ho, Yoo Joon-sang, Oh Na-ra dan Jo Jae-yoon, yang juga telah disahkan untuk membintangi drama “Return” ini.

“Return” dijadualkan untuk ditayangkan pada tahun 2022. Sama-sama kita nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...