Ikuti Kami:

Ariana Grande Kalah, BLACKPINK Dinobat Sebagai Artis Wanita Paling Banyak Langganan Di YouTube

Ariana Grande Kalah, BLACKPINK Dinobat Sebagai Artis Wanita Paling Banyak Langganan Di YouTube

BALCKPINK memang tak dinafikan merupakan kumpulan idola wanita terhebat untuk zaman ini! Rekod demi rekod berjaya disapu oleh mereka dengan mudah sahaja.

Terbaru, BLACKPINK yang dianggotai oleh Jennie, Ji-soo, Rosé dan Lisa ini telah diumumkan sebagai artis wanita dengan langganan terbanyak di saluran YouTube. Menerusi pengumuman YG Entertainment pada jam 8 pagi tadi (waktu Korea), kumpulan tersebut telah melepasi jumlah 42,300,000 langganan pada saluran YouTube rasmi mereka.

Dengan pencapaian yang mengagumkan itu, kumpulan popular tersebut berjaya menolak Ariana Grande (42,200,000 langganan kini), Taylor Swift (38,500,000 langganan kini) dan Katy Perry (37,700,000 lagganan kini) ketepi bagi menjulang gelaran tersebut.

Saluran YouTube merupakan salah satu kayu ukur yang objektif kepada tahap kepopularitian seorang artis. Sedang kita menelusuri zaman yang penuh dengan lambakan kandungan, langganan kepada sesuatu saluran adalah hasil daripada kesetiaan yang ditunjukkan oleh peminat artis tersebut selain minat yang konsisten dan jangkaan terhadap kandungan artis berkenaan pada masa hadapan.

Disebebkan YouTube memainkan peranan utama dalam memberi kesan kepada pasaran muzik global, pencapaian BLACKPINK ini adalah satu kayu ukur yang sangat penting.

blackpink how you like that

Tahniah BLACKPINK kerana pencapaian yang hebat ini! Tak sabar nak tunggu lagu baru.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...