Ikuti Kami:

APINK Akan Bertemu Peminat Sempena Ulang Tahun Debut Ke-10 Di ‘Pink Eve’

APINK Akan Bertemu Peminat Sempena Ulang Tahun Debut Ke-10 Di ‘Pink Eve’

APINK akan mengadakan acara pertemuan dengan peminat untuk ulang tahun debut ke-10 mereka yang akan datang!

Pada 25 November, IST Entertainment mengumumkan,

Pada 31 Disember, APINK akan mengadakan pertemuan dengan peminat 2021 APINK “Pink Eve” di dalam Dewan Daeyang di Universiti Sejong.

Ramai yang menantikan penampilan APINK bersama-sama sebagai satu kumpulan lengkap, selepas mereka mengambil masa setahun untuk memberi tumpuan kepada aktiviti individu.

apink 2021 pink eve fanmeetingDalam poster teaser untuk pertemuan peminat mereka yang akan datang, APINK dilihat menikmati pesta dengan konfeti sempena ulang tahun debut ke-10 mereka. Memakai skirt mini warna pastel terang, dan penggayaan yang mewah, ahli APINK mempamerkan senyuman indah dan kecantikan mereka yang terselah.

Sementara itu, tempahan tiket untuk acara ini akan mula dijual lebih awal untuk ahli kelab peminat, melalui Tiket Interpark dari 3-4 Disember. Bagi bukan ahli, tempahan tiket akan dijual pada 7 Disember.

Acara pertemuan peminat APINK akan diadakan di luar talian dan dalam talian pada 31 Disember jam 6 petang.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...