Ikuti Kami:

‘Apartment 404’ Tamat Dengan Rating 1%, Tiada Harapan Untuk Musim Kedua?

‘Apartment 404’ Tamat Dengan Rating 1%, Tiada Harapan Untuk Musim Kedua?

Dalam diam, program “Apartment 404” sudah pun menamatkan siarannya.

Pada awalnya meraih rating baik iaitu 2.7%, namun program yang diterajui Yoo Jae-suk Cha Tae-hyun, Yang Se-chan, Oh Na-ra, Jennie BLACKPINK dan Lee Jung-ha itu hanya mampu berpuas hati dengan rating dalam lingkungan 1% sahaja kini. Malah episod terakhir yang bersiaran kelmarin mencatatkan rating terburuk sepanjang tayangan iaitu 1.2% sahaja.

Sepertinya nama-nama besar itu termasuklah bekas pengarah “Running Man”, Jung Chul-min yang mengelola rancangan itu gagal mengekalkan momentum yang baik sehingga ke penghujung siaran.

apartment 404

Di akhir siaran episod ke-8, kesemua ahli mendedahkan harapan untuk penghasilan musim kedua termasuklah Jennie BLACKPINK yang jarang muncul dalam rancangan hiburan. Walau bagaimanapun, tiada sebarang konklusi tepat yang boleh dibuat setakat ini memandangkan rekod rating yang kurang memberangsangkan.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   OSEN

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...