Haritu macam puteri, harini Won-young nampak macam patung Barbie pula. Mana satu ni?
Terbaru, salah seorang ahli dari kumpulan IVE iaitu Won-young telah memuat naik beberapa gambar bersama beg jenama mewah di Instagram peribadi miliknya.
Dalam gambar tersebut, penyanyi itu kelihatan sangat cantik dengan bentuk badannya yang ramping dan mukanya yang kecil membuatkan dia kelihatan seperti patung Barbie.
View this post on Instagram
Selepas memuat naik hantaran tersebut di Instagram, netizen rata-rata memuji kecantikan Won-young lalu meninggalkan komen seperti,
Sangat cantik.
Gaya rambutnya sangat sesuai dengan dirinya.
Apa rahsia awak kekalkan bentuk badan yang cantik?
Untuk maklumat korang, kumpulan IVE sedang melakukan persiapan untuk kemunculan semula mereka pada 10 April nanti.
Won-young memang cantik!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉