Ikuti Kami:

“Apa Masalahnya..” – Dipersoal Padam Foto Bersama UEE, Kahi Beri Penjelasan

“Apa Masalahnya..” – Dipersoal Padam Foto Bersama UEE, Kahi Beri Penjelasan

Semua lebih senang bergerak solo kini, sudah pasti peminat After School seronok kan sekiranya ada ahli yang berjumpa antara satu sama lain?

Baru-baru ini, Kahi telah memuat naik gambar di mana dia dilihat meluangkan masa bersama UEE.

Dalam peminat berseronok melihat interaksi itu, persoalan mula timbul apabila Kahi dilihat memadam gambar tersebut selepas hanya beberapa jam memuat naiknya di Instagram.

kahi uee

Bagi mengelakkan salah faham, Kahi telah memuat naik Instagram Story bagi menjelaskan mengenai perkara itu,

Apabila difikirkan, saya jarang memuat naik gambar orang lain di akaun. Saya sangat gembira bertemu UEE dan saya merasakan peminat akan berasa gembira juga. Sebab itu saya memuat naik gambar yang ditangkap bersama UEE~!!

Selepas memberitahu pemimat mengenainya, saya telah menyimpan semula gambar itu di dalam arkib~!! Saya tak pasti bila kami akan berjumpa lagi.. Kalau kami berjumpa lagi, saya akan meminta kebenaran dan memuat naik bukti lagi^^ Saya akan menyokong dia.

Malah UEE juga telah berkongsi gambar bersama Kahi dengan kapsyen,

Seperti diagak, unni ialah seorang yang hebat! Ketua selamanya 🖤

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 유이 (Uie) (@kim_uieing49)

Selepas ianya menjadi perbualan semua dan dilaporkan di dalam berita, ketua kumpulan After School itu sekali lagi menekankan mengenai hal berkenaan menerusi sebuah posting baru,

Tak, apa masalahnya tentang ini? Haih.. wartawan kita. Ia hanyalah pertemuan yang dirindui. Sokong, sokong, sokong, saya menyokongnya.

kahi uee

Jangan salah faham korang!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...