Utama Tempatan “Apa Khabar, Ini Jay Park” – Jadi Perhatian! Penyanyi Rap Korea Remix...

“Apa Khabar, Ini Jay Park” – Jadi Perhatian! Penyanyi Rap Korea Remix Lagu Bahasa Melayu ‘Lotus’

lotus h1ghr music

Susah nak dengan mana-mana artis Korea melakukan kolaborasi dengan artis Malaysia kan?

Tapi syarikat yang dinaungi Jay Park nampaknya menampilkan kelainan apabila dia berkolaborasi dengan artis tempatan, FORCEPARKBOIS menerusi lagu rap popular ‘LOTUS’.

Lebih mengasyikkan apabila korus asal yang berbahasa Melayu di dalam lagu itu dikekalkan sebelum diselang-seli dengan rap bahasa Korea dan Inggeris daripada Jay Park, Park Hyeon Jin, JMIN, BIG Naughty, pH-1, TRADE L, Woodie Gochild dan JAY B (GOT7).

Menerusi TikTok, ramai peminat K-Pop dan K-Hiphop tempatan yang teruja mendengar remix ini.

Malah kumpulan FORCEPARKBOIS turut meluahkan rasa tidak percaya dengan kolaborasi ‘meletup’ ini.

hi1ghr remix lotus

Bertambah-tambah sedap lagu ini kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERTikTok
Loading...