Ikuti Kami:

“Apa Guna Semua Ni?” – Key Akui Bukan Senang Untuk Teruskan Hidup Selepas Pemergian Jonghyun SHINee

“Apa Guna Semua Ni?” – Key Akui Bukan Senang Untuk Teruskan Hidup Selepas Pemergian Jonghyun SHINee

Cepat betul kan masa berlalu, dah 8 tahun dah sejak pemergian Jong-hyun SHINee..

Baru-baru ini, Key telah muncul sebagai tetamu dalam program “You Quiz on the Block”, di mana dia ada meluahkan betapa sukarnya kehidupannya selepas Jong-hyun meninggal dunia.

Luah Key,

Dah 20 tahun saya berada dalam industri ini termasuklah waktu saya jadi pelatih. Ketika Jong-hyun pergi, saya benar-benar hancur. Apa gunanya semua ini? Adakah saya patut berhenti dari segala-galanya?

key shinee

Sambungnya,

Saya berada dalam keadaan yang sangat teruk tetapi konsert di Tokyo Dome memberi kami peluang untuk bersama-sama mengharunginya sebagai satu kumpulan. Setiap tahun apabila hari jadinya tiba, saya sangat merinduinya. Apabila kami merakam lagu-lagu baru, saya mesti fikir ‘Dia pasti akan melakukannya dengan baik’.

Kemudian, Key turut berkongsi bahawa mendiang juga sering muncul dalam mimpinya, membuatkan dia rasa yang Jong-hyun masih bersama mereka.

Semoga Key terus kuat..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Maeil Kyungjae

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...