Ikuti Kami:

“Antibiotik Pun Dia Tak Boleh Ambil” – Ahli ‘Running Man’ Kongsi Keadaan Song Jihyo Dalam Kuarantin

“Antibiotik Pun Dia Tak Boleh Ambil” – Ahli ‘Running Man’ Kongsi Keadaan Song Jihyo Dalam Kuarantin

Umum mengetahui bahawa Jun So-min dan Song Ji-hyo tidak dapat menyertai rakaman “Running Man” baru-baru ini.

Ini kerana Jun So-min yang baru sahaja menjalani pembedahan dek keretakan pada kaki manakala Song Ji-hyo pula terpaksa menjalani kuarantin diri kerana belum divaksin dan menjadi kontak rapat seorang individu positif COVID-19.

Semasa pembukaan episod “Running Man” baru-baru ini, ahli lelaki lain telah bersembang mengenai keadaan kedua ahli wanita itu.

Kata Ji Suk-jin,

Kami semua sudah mengetahuinya, tapi Song Ji-hyo ada alergi terhadap sesetengah ubatan. Dia tak boleh makan antibiotik.

 

song jihyo yoo jaesuk

Tambah Yoo Jae-suk,

Dia selalu mengalami kesukaran untuk mengambil ubatan barat.

Katanya lagi, tempoh kuarantin Song Ji-hyo akan tamat tak lama lagi dan Jun So-min juga sudah keluar daripada wad pada hari penggambaran tersebut.

Berbeza daripada orang lain, Song Ji-hyo dikhabarkan sangat gembira semasa menjalani kuarantin diri. Kongsi Haha,

Saya menghubungi untuk bertanyakan keadaannya tapi dia mengatakan bahawa tempoh kuarantin diri sangat menyeronokkan.

song jihyo haha

Kongsi Haha lagi,

Saya bertanya apa yang sedang dilakukannya dan dia jawab ‘ttukbaegi bulgogi’ dengan suara yang ceria.

Malah pengacara nombor satu itu menjelaskan bahawa Song Ji-hyo menghubunginya pada saban hari manakala Jun So-min pula menghubunginya pada setiap pagi dan petang.

Semoga Song Ji-hyo dan Jun So-min kembali ke “Running Man” secepat mungkin.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...