Ikuti Kami:

Antara Rating Paling Teruk Untuk Drama Tahun 2020, Drama Jung Ilwoo ‘Sweet Munchies’ Hanya Raih 0.5%

Antara Rating Paling Teruk Untuk Drama Tahun 2020, Drama Jung Ilwoo ‘Sweet Munchies’ Hanya Raih 0.5%

Walaupun sudah sampai ke pertengahan cerita tapi nampaknya drama lakonan Jung Il-woo, Kang Ji-young dan Lee Hak-joo sepertinya menemui jalan mati dalam usaha untuk meningkatkan ratingnya.

Sinopsis “Sweet Munchies”

Park Jin-sung (Jung Il-woo) adalah seorang chef yang menyembuhkan orang menerusi makanan yang disediakannya. Restoran yang dimiliki olehnya dipanggil sebagai Bistro72 dan menyimpan satu rahsia besar atas permintaan pelanggan tetap yang juga merupakan seorang pengarah program di stesen televisyen iaitu Kim Ah-jin (Kang Ji-young).

Wanita itu sering mengunjungi Bistro72 kerana makanan dan minuman yang disediakan di situ merupakan satu-satunya kebahagiaan yang mampu dirasainya. Sebelum kontrak kerjanya tamat, dia menggunakan peluang terkahir ini untuk merealisasikan impiannya untuk memastikan restoran milik Jin-sung mengecap kejayaan.

rating sweet munchies 0.5%

Rating jatuh teruk

Rupanya rating pada episod pertama ialah catatan tertinggi yang pernah direkodkan oleh drama itu iaitu 1.531%. Semakin maju ke hadapan, semakin berkurang angka rating yang dicatatkan. Paling teruk ialah episod terbaru iaitu yang ke-6 hanya mampu menggapai rating 0.578%, satu catatan yang sangat teruk bagi K-Drama untuk tahun 2020.

Kalau anda perasan banyak drama pada tahun ini yang merekodkan rating rendah, dalam linkungan 1% iaitu “Born Again”, “Piece Of Your Mind”, “Meow: The Secret Boy” dan beberapa naskhah lagi. Tidak pasti apa yang membuatkan penonton mengelakkan diri daripada menonton drama-drama ini, mungkin kerana plotnya atau pun pelakonnya sendiri.

Salah plot atau salah pelakon?

Daripada komen yang ditinggalkan penonton, mereka merasakan sudah terlampau banyak drama yang mengetengahkan elemen makanan lantas membuatkan “Sweet Munchies” tiada keunikan tersendiri.

rating sweet munchies 0.5%

Selain itu, daripada awal tayangan lagi, ramai yang tepuk dahi apabila melihatkan lakonan Kang Ji-young yang agak teruk bagi seorang yang berpengalaman. Penonton rata-ratanya berasa bahawa Jung Il-woo dan Lee Hak-joo telah tersilap memilih drama kerana plot dan juga heroinnya yang kurang hebat.

Tinggal lagi 6 episod, kita nantikan kesudahan “Sweet Munchies”.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...