Ikuti Kami:

“Antagonis Yang Sukar Dibenci Penonton” – Kim Bum Kongsi Persona Wataknya Dalam ‘Tale Of The Nine Tailed’

“Antagonis Yang Sukar Dibenci Penonton” – Kim Bum Kongsi Persona Wataknya Dalam ‘Tale Of The Nine Tailed’

Boleh dikatakan ramai yang semakin jatuh cinta melihat Kim Bum dalam drama “Tale Of The Nine Tailed” kan?

Dalam satu temubual bersama majalah ELLE, Kim Bum berkongsi lebih banyak kisah mengenai wataknya, Yi Rang.

Apabila melihat Yi Rang, saya terbayangkan ‘kesungguhan kematian’ iaitu ‘Thanatos’ (konsep di mana tingkah laku agresif atau memusnahkan diri). Yi Rang telah digadaikan oleh cinta lantas dia mempunyai satu keinginan untuk memusnahkan.

Selain itu Kim Bum turut menjelaskan bahawa wataknya ialah antagonis yang samar-samar, seseorang yang sukar untuk penonton membencinya.

Watak antagonis biasanya membuatkan saya lebih ghairah untuk berekspresi.

kim bum

Malah Kim Bum sepertinya seronok membawa watak aksi dan emosi berat dalam drama ini,

Saya sebenarnya mahu berlakon dalam melodrama. Tapi saya rasakan ini adalah lebih bebas bagi saya kerana tiada babak romantik. Saya mampu untuk meluahkan emosi saya tanpa dihalang oleh apa-apa hubungan.

Yang pastinya, ramai yang langsung tak membencikan Yi Rang dalam drama ini kerana faham dengan kemarahan yang dirasai olehnya. Kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...