Ikuti Kami:

Ahli 2PM, Chansung & Nichkhun Bakal Buat Kemunculan Istimewa Dalam ‘Vincenzo’ Bersama Taecyeon

Ahli 2PM, Chansung & Nichkhun Bakal Buat Kemunculan Istimewa Dalam ‘Vincenzo’ Bersama Taecyeon

Dalam pada ramai yang tunggu 2PM buat comeback, nampaknya mereka mempunyai ‘surprise’ yang lain buat semua.

Dikhabarkan baha ahli kumpulan tersebut iaitu Nichkhun dan Chan-sung bakal membuat kemunculan istimewa dalam “Vincenzo” di samping Taec-yeon nanti.

Chan-sung dan Nichkhun akan muncul dalam ‘Vincenzo’. Sila tonton tayangan nanti untuk mengetahui watak apa yang akan dibawa oleh mereka.

Menurut sumber lain, kedua mereka sudah pun selesai menjalani penggambaran untuk watak istimewa tersebut.

nichkhun chansung vincenzo

Untuk pengetahuan semua, “Vincenzo” membawa kisah seorang peguam Itali bernama Vincenzo Cassano (Song Joong-ki) yang juga merupakan penasihat kepada sebuah keluarga mafia. Dek konflik yang tercetus dalam organisasinya, dia kembali ke Korea dan berlaga pula dengan seorang peguam tegas iaitu Hong Cha-young (Jeon Yeo-bin). Bersama-sama, mereka mencapai keadilan dengan mengaplikasikan cara yang digunapakai penjahat. Drama ini diyakini akan membuat penonton merasai kepuasan apabila melihat hero gelap yang berlawan dengan penjahat sebenar menggunakan ketegasan undang-undang.

Mesti semua dah tak sabar nak tengok kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...