Andy SHINHWA telah mengumumkan bahawa dia bakal berkahwin!
Pada 19 Januari, Andy telah memuat naik foto surat tulisan tangan di Instagram, yang mengumumkan perkahwinannya. Berikut adalah ucapan penuh Andy:
Kepada ‘Shinhwa Changjo’ (nama kelab peminat SHINHWA).
Helo, ini Andy SHINHWA.
2022 adalah tahun ke-24 sejak SHINHWA bertemu ‘Shinhwa Changjo’.
Bertahun-tahun telah berlalu dan banyak perkara yang telah berlaku. Kasih sayang dan sokongan yang tidak terhingga yang telah anda berikan kepada saya menjadikan saya seperti sekarang. Saya dengan ikhlas mengucapkan terima kasih.
Hari ini, saya ingin memberitahu anda berita ini terlebih dahulu. Saya telah menemui seseorang yang saya mahu menghabiskan masa bersamanya sepanjang hidup saya.
Dia seorang yang membuat saya ketawa dalam masa sukar dan sangat mengambil berat tentang saya. Sekarang, daripada tinggal bersendirian, saya akan tinggal bersamanya.
Tolong berkati permulaan baru saya. Saya akan terus menunjukkan sisi saya yang lebih baik sebagai Andy SHINHWA.
Andy adalah ahli ketiga SHINHWA yang akan berkahwin selepas Eric yang berkahwin pada 2017, dan Junjin pada 2020.
Tahniah buat Andy untuk perkahwinannya yang akan datang!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.