Ikuti Kami:

Andy SHINHWA Bakal Tamatkan Zaman Bujang Jun Ini

Andy SHINHWA Bakal Tamatkan Zaman Bujang Jun Ini

Sebelum ini Andy daripada kumpulan SHINHWA mengumumkan bahawa dia sedang menjalinkan hubungan bersama seorang penyiar MBC Jeju “News Desk” Lee Eun-joo pada Januari dan terkini, mereka dikhabarkan bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada Jun ini.

Andy merupakan ahli ketiga daripada kumpulan SHINHWA yang akhirnya menamatkan zaman bujang bersama pilihan hati masing-masing selepas Eric dan Junjin. Sebelum ini, Andy mendedikasikan surat hasil tulisan tangannya kepada peminat untuk mengumumkan perkahwinannya. Pada hari berikutnya, agensi Andy iaitu TOP Media Entertainment mengesahkan bahawa Lee Eun-joo merupakan tunangannya.

andy lee eun joo

Bakal isteri Andy, Lee Eun-joo yang lahir pada tahun 1990, merupakan kelulusan dari Jabatan Media di Universiti Wanita Seoul, dan kini bekerja sebagai penyiar di MBC Jeju. Khabarnya, dia baru-baru ini mengumumkan perletakan jawatannya di MBC Jeju menjelang perkahwinannya.

Seronoknya bila masing-masing dah jumpa pasangan hidup untuk kekal bersama di masa hadapan. Semoga mereka berdua dapat menjalani bahtera perkahwinan ini dengan baik!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...