Ikuti Kami:

“Anak Saya Berkemungkinan Kurang Upaya..” – Honey Lee

“Anak Saya Berkemungkinan Kurang Upaya..” – Honey Lee

Bukan senang rupanya perjalanan Honey Lee pada ketika dia ingin mendapatkan zuriat dahulu.

Pada tahun lalu, pelakon wanita itu meyebarkan kegembiraan buat semua apabila mengumumkan kelahiran anak pertamanya.

Menerusi program CBS “Let’s Be Renewed”, Honey Lee Sempat berkongsi bagaimana kisah semasa dia mendapat tahu mengenai anak itu dan komplikasi dialaminya.

honey lee

Disebabkan pasangan sudah menjangkau usia, pihak hospital mencadangkan ujian genetik untuk memastikan kondisi kandungan itu,

Anak saya pada asalnya sihat tapi saya menerima panggilan dari hospital universiti di mana mereka meminta saya menjalani ujian. Saya melakukan ujian tambahan kerana saya tua. Semasa menjalani ujian genetik, kata mereka ‘Awak berkemungkinan positif. Awak mungkin kena dapatkan ujian cecair amniotik dan menggugurkan kandungan ini.

Tangisinya,

Usia kandungan saya baru mencecah 18 minggu dan saya tidak melihat wajah bayi pun lagi tapi saya merasakan sifat keibuan saya terserlah. Semasa menantikan keputusan ujian itu, saya tak tahu apa yang bermain di fikiran. Saya berdoa setiap hari. Saya kesiankan pbu bapa dengan anak yang sakit dan saya tak boleh tidur.

honey lee

Namun pasangan itu bernasib baik kerana anak sulung mereka berjaya dilahirkan dengan selamat,

Anak saya dilahirkan sihat meskipun dia boleh mati ataupun tidak upaya.

Bukan senang menjadi ibu..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...