Ikuti Kami:

Anak Muda Impi Jadi Atlet Badminton, Episod Awal ‘Racket Boys’ Raih Rating Baik

Anak Muda Impi Jadi Atlet Badminton, Episod Awal ‘Racket Boys’ Raih Rating Baik

Selepas tayangan “Stove League”, rasanya ini kali pertama SBS kembali menayangkan drama bertemakan sukan menerusi saluran mereka.

Sinopsis

“Racket Boys” membawa kisah sekumpulan anak muda yang berimpian untuk menjadi atlet badminton profesional pada masa hadapan. Ikuti kisah anak muda ini mengharungi pelbagai kesulitan dan juga keseronokan bersama rakan seperjuangan.

sbs racket boys

Episod awal menarik

Meskipun dibarisi oleh pelakon muda dan baru, namun bakat lakonan yang ditunjukkan setiap daripada mereka membuktikan bahawa mereka merupakan pelakon yang hebat. Rasanya ramai penonton yang mengenali Tang Jun-sang, Kim Kang-hoon, Oh Na-ra dan Kim Sang-kyung namun “Racket Boys” turut menampilkan pelakon baru seperti Choi Hyun-wook, Lee Jae-in dan Lee Ji-won.

Kisah anak muda mengejar impian seperti yang ditampilkan oleh “Racket Boys” ini nyata membuatkan penonton seronok menontonnya. Tidak terlalu berat, ia juga dilengkapi pelbagai momen kelakar yang pastinya membuatkan ramai terhibur. Antaranya ialah setiap daripada atlet itu yang mempunyai personaliti berbeza dan keriuhan yang berlaku apabila mereka ‘bertelagah’.

sbs racket boys

Malah ia menunjukkan prestasi yang memuaskan apabila rating episod perdananya terus duduk selesa dalam lingkungan 5% iaitu 5.7% manakala episod keduanya pula mencatat rekod sebanyak 5.4%.

Sesiapa yang meminati drama sukan dan menginspirasikan pastinya tidak mahu terlepas menonton “Racket Boys” di Netflix pada setiap Isnin dan Selasa!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...