Ikuti Kami:

“Anak Lagi Penting” – Lee Donggun Bercinta Dengan Pelakon Muda Kini, Respon ‘Padu’ Jo Yoonhee Tular

“Anak Lagi Penting” – Lee Donggun Bercinta Dengan Pelakon Muda Kini, Respon ‘Padu’ Jo Yoonhee Tular

Jo Yoon-hee mendedahkan kehidupannya kini.

Mengimbas kembali perjalanan lakonannya, pelakon wanita itu berkongsi,

Saya seronok berlakon, tetapi kegembiraan sebenar datang apabila menonton hasil akhir. Melihat bagaimana emosi dan lakonan saya diterjemah di skrin sangat memuaskan.

Beliau juga menyentuh tentang peranannya sebagai ibu tunggal,

Anak perempuan saya adalah keutamaan nombor satu dalam hidup. Dialog dan emosi dalam skrip datang secara semula jadi, menjadikan watak ini antara yang paling selesa pernah saya lakonkan.

jo yoonhee

Jo Yoon-hee turut berkongsi impiannya untuk melanjutkan pelajaran di luar negara bersama anaknya suatu hari nanti, dan kerana itu, beliau kini meluangkan masa untuk memperbaiki kemahiran bahasa Inggerisnya.

Kehidupan sederhana Jo Yoon-hee dan renungan jujurnya, sama ada dalam mengharungi kehidupan sebagai ibu tunggal, menikmati rutin harian bersama anaknya, mahupun mengejar impian peribadi yang dipaparkan sepenuhnya dalam edisi Julai majalah ‘Jubu Life’ dan aplikasi rasminya.

Pendedahan jujur Jo Yoon-hee nyata menarik perhatian ramai memandangkan bekas suami, Lee Dong-gun yang kini didedahkan bercinta dengan pelakon Kang Hae-rim di mana wanita itu muda 16 tahun darinya. Sepertinya ramai yang memuji Jo Yoon-hee kerana mengutamakan anak berbanding Lee Dong-gun yang masih berkelakuan seperti anak muda.

Apa lata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Newsen

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...