Ikuti Kami:

“Anak Kami Mesti Comel Kan?” – Dedah Suka Lelaki Seperti Kim Jongkook, Ibu Setuju Jessi Jadi Menantu

“Anak Kami Mesti Comel Kan?” – Dedah Suka Lelaki Seperti Kim Jongkook, Ibu Setuju Jessi Jadi Menantu

Tak sangka dalam diam rupanya Jessi taruh minat dekat Kim Jong-kook!

Baru-baru ini, Jessi telah menjadi tetamu jemputan di rancangan “My Ugly Ducklings” di mana Kim Jong-kook dan ibunya adalah merupakan ahli tetap sejak beberapa tahun yang lalau. Semasa menyapa, wanita tua itu menyebut pernah berjumpa penyanyi rap itu sebelum ini dan sangat menyukai kesopanannya.

Bertahun lalu, kami berjumpa di salon rambut. Walaupun saya tidak mengenalinya tetapi dia terus bangun untuk menyapa saya sambil bertanya adakah saya ibu Kim Jong-kook.

jessi dan kim jongkook

Jessi juga tidak melepaskan peluang untuk memuji Kim Jong-kook,

Saya mengenali Kim Jong-kook dengan baik dan dia merupakan lelaki yang sempurna. Kim Jong-kook adalah stail lelaki yang disukai saya. Sangat kelelakian dan dia tak berapa kisah dengan penampilannya. Itulah adalah ciri lelaki yang disukai saya.

Walaubagaimanapun Jessi menjelaskan satu kelemahan lelaki berbadan sasa itu ialah ketaksubannya terhadap senaman. Tambahan pula dia sudah hampir 20 tahun berkecimpung dengan minat tersebut, sudah pasti susah untuk mengubah tabiatnya kini.

Seo Jang-hoon menggunakan peluang ini untuk menanyakan ibu Kim Jong-kook sama ada dia okay untuk menerima Jessi sebagai calon menantu. Tanpa berlengah wanita tua itu menjawab,

Teruja sekiranya dia menjadi menantu saya!

Bukan itu sahaja, Jessi dan Kim Jong-kook didedahkan mempunyai perangai yang sama iaitu sangat berkira dan sayang untuk membuang barang lama. Seo Jang-hoon juga bersetuju dengan perangai lelaki itu,

Banyak benda yang awak sama dengan Kim Jong-kook.

jessi dan kim jongkook

Pun begitu, Jessi menolak dan mengatakan bahawa orang yang berperangai sama susah untuk bercinta dalam dunia sebenar.

Wanita itu terus menyatakan minatnya terhadap Kim Jong-kook apabila dia memilih lelaki itu apabila disuruh untuk memilih salah seorang daripada peserta rancangan tersebut sekiranya dia dipaksa berkahwin.

Sebab saya boleh bersembang dengannya dalam bahasa Inggeris tetapi saya tak rasakan, saya boleh bercinta dengannya dalam dunia sebenar.

Namun terus berseloroh,

Tetapi kalau saya ada anak dengan Kim Jong-kook, mesti anak kami comel kan?

Dek kenyataan Jessi itu, habis satu studio ketawa tak berhenti termasuklah ibu Kim Jong-kook yang gelak sampai menitiskan air mata dan bersetuju dengan wanita itu.

jessi dan kim jongkook

Okay tak kalau Jessi berpasangan dengan Kim Jong-kook?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...