Ikuti Kami:

“Anak Dia Mesti Malu..” – Bersiap Sedia Dengan Konsert SS501, Kim Hyunjoong Terima Kritikan Ramai

“Anak Dia Mesti Malu..” – Bersiap Sedia Dengan Konsert SS501, Kim Hyunjoong Terima Kritikan Ramai

Kim Hyun-joong berkongsi perkembangan terbarunya dengan gaya rambut baru, sekaligus memberikan jangkaan tinggi buat peminat.

Terbaru, Kim Hyun Joong memuat naik beberapa keping gambar di media sosial miliknya bersama kapsyen,

Ini adalah beberapa perkembangan terkini saya. Warna rambut saya yang lebih cerah nampaknya turut menceriakan mood saya. Nampaknya saya kena kerap mewarnakan rambut untuk ubah suasana.

Dalam foto-foto tersebut, Kim Hyun-joong mempamerkan gaya hidup yang santai dengan warna rambut yang lebih cerah. Penampilan segarnya selepas mewarnakan rambut nyata menarik perhatian ramai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KIM HYUNJOONG (@hyunjoong860606)

Walau bagaimanapun, ianya hanya dibanjiri dengan kritikan ramai,

  • Dah tak ada duit ke?
  • Anak dia dah gred 4 kan?
  • Kenapa dia rasa yakin sangat?
  • Anak dia mesti malu dapat bapa macam ni.
  • Masih popular lagi ke?

Sementara itu, Kim Hyun-joong baru-baru ini menubuhkan kumpulan projek baharu bernama FIVE O ONE bersama dua lagi ahli asal SS501 iaitu Heo Young-saeng dan Kim Kyu-jong.

Sebelum ini, lelaki itu menerima kritikan ramai apabila dituduh mencederakan kekasihnya selain tidak mengaku bahawa anak dikandung wanita itu merupakan miliknya namun terbukti salah selepas anak itu dilahirkan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   My Daily

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...