Ikuti Kami:

Ambil Gambar Foto Nenek Tua & Tulis Komen Seksual, Bintang ‘Pachinko’ Jin Ha Mohon Maaf

Ambil Gambar Foto Nenek Tua & Tulis Komen Seksual, Bintang ‘Pachinko’ Jin Ha Mohon Maaf

Pelakon Korea-Amerika Jin Ha, yang kini membintangi siri asal Apple TV+ “Pachinko”, telah mengeluarkan permohonan maaf kerana mengambil dan memuat naik foto orang tanpa kebenaran.

Untuk pengetahuan, dari Julai 2010 hingga September 2011, Jin Ha telah mencipta akaun di platform mikroblog Tumblr di mana dia mengambil gambar wanita pertengahan umur dan warga emas Korea di jalan atau di dalam kereta api, serta memuat naik gambar berikut di laman tersebut tanpa izin dan wajah wanita itu didedahkan tanpa piksel.

Bukan itu sahaja, Jin Ha juga turut melampirkan komen yang mengandungi gangguan seksual kepada gambar yang dimuat naiknya.

kontroversi jin ha pachinko

Selepas terima pelbagai kecaman daripada netizen atas sikap Jin Ha yang ‘keterlaluan’ ini, pada 26 Mac, Jin Ha telah membuat permohonan maaf di laman web peribadinya.

Terima kasih kerana memberi saya peluang untuk bercakap tentang kesilapan saya. Saya menerima sepenuhnya semua kritikan yang saya terima. Memang benar bahawa akaun Tumblr saya, ‘Bunga Korea dalam Mekar’ yang saya miliki sejak 2011, sepatutnya tidak pernah wujud. Saya menceroboh privasi wanita dalam foto pada akaun, dan komen yang saya tambahkan pada foto itu tidak sesuai. Saya menyesali perbuatan saya dan memohon maaf dengan ikhlas.

Saya tersilap mengambil gambar tersebut dan memuat naiknya dalam talian 11 tahun lalu. Tambahan pula, saya gagal untuk mengambil kira kesan negatif dan meninggalkan akaun itu seperti yang berlaku selama bertahun-tahun. Saya menghantar permintaan kepada Tumblr untuk memadamkan akaun saya dan mereka kini telah melakukannya. ‘Bunga Korea dalam Mekar’ tidak lagi wujud.

Sekali lagi, saya memohon maaf kepada wanita dalam gambar yang saya ambil. Saya juga memohon maaf kepada mereka yang berasa tidak selesa dengan kandungan akaun Tumblr saya. Saya hanya boleh bersyukur kerana kekurangan pertimbangan saya pada tahun 2011 telah dikritik oleh pembaca yang lebih jelas daripada saya. Terima kasih sekali lagi kerana memberi saya peluang untuk membetulkan kesilapan saya.

Saya sepatutnya lebih baik dari awal, tetapi walaupun saya terlambat menyedari, terima kasih kerana membantu saya menyedari kesalahan yang saya lakukan. Saya akan bekerja keras dan belajar pada masa hadapan agar tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Yang ikhlas, Jin Ha.

jin ha pachinko

Sekadar info, Jin Ha kini membintangi siri Apple TV+ “Pachinko” sebagai Solomon, cucu Sun-ja lakonan Youn Yuh-jung.

Semoga ambil pengajaran.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...