Ikuti Kami:

‘Alice’ & ‘Do You Like Brahms?’ Bakal Tayang Di Netflix Bermula 1 Mac Ini

‘Alice’ & ‘Do You Like Brahms?’ Bakal Tayang Di Netflix Bermula 1 Mac Ini

Macam biasa, Netflix sentiasa akan ke hadapan dalam memberikan kandungan Korea terbaik buat korang.

Berita baik! Ada dua drama Korea yang akan disiarkan nanti di laman penstriman itu. Nak tahu drama apa?

Alice

netflix alice

Drama thriller sci-fi ini menceritakan kisah Park Jin-gyeom (Joo Won) iaitu seorang detektif yang lahir tanpa kemampuan untuk mempunyai apa-apa emosi. Dalam usaha untuk menyelesaikan satu kes misteri, dia merupakan orang pertama yang mendapat tahu mengenai penggembara masa yang datang daripada masa depan menerusi alat bernama ‘Alice’. Sambil bertarung dengan pelbagai insiden tidak dijangka disebabkan oleh kewujudan alat tersebut, dia bertemu semula dengan Yoon Tae-yi (Kim Hee-sun), seorang wanita yang sudah lama mati.

Do You Like Brahms?

netflix do you like brahms

Ia menceritakan mengenai Park Joon-young (Kim Min-jae) mula bermain piano sejak berusia 6 tahun lagi dan berjaya meraih pelbagai trofi daripada pertandingan tempatan sehingga ke seluruh dunia. Manakala Chae Song-ah (Park Eun-bin) pula yang merupakan graduan bidang perniagaan, kini kembali mendaftar ke universiti yang sama namun ke sekolah muzik pula selepas 4 tahun mencuba. Wanita itu yang 7 tahun lebih tua daripada rakan sekelasnya tetap gagah bagi mengejar impiannya.

Kalau korang dah rindu dua drama ini, boleh lah marathon bermula 1 Mac nanti. Okay?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...