Ikuti Kami:

AleXa Bakal Tampil Buat Pertama Kali Sebagai Pelakon Dalam ‘Seoul Ghost Story’

AleXa Bakal Tampil Buat Pertama Kali Sebagai Pelakon Dalam ‘Seoul Ghost Story’

Penyanyi AleXa ataupun Kim Se-ri merupakan penyanyi yang bergerak solo di bawah ZB Label. Terbaru, dia dikhabarkan bakal membuat penampilan dalam satu filem seram!

Pada 3 Mac lalu, AleXa dikhabarkan  telah menandatangani dengan ICM Partners iaitu satu label luar negara, Amerika Syarikat. Dia telah debut pada 21 October 2019 dengan single “BOMB”. Di awal kariernya, dia pernah bertanding dalam “Rising Legends Musim 2” dan memenangi pertandingan secara menyeluruh pada tahun 2017. Malah, sebelum ini juga dia pernah mengikuti uji bakat untuk kedua-dua JYP Entertainment dan CUBE Entertainment tetapi tidak berjaya.

Terbaru, AleXa dikhabarkan bakal membuat debutnya sebagai pelakon menerusi satu filem seram. Menurut agensinya, G.B. Label, AleXa membuat kemunculan sulungnya di kaca TV dengan membawa watak pengaruh dari media sosialnya dalam satu filem omnibus “Seoul Ghost Story”, yang ditayangkan nanti.

alexa

“Seoul Ghost Story” ini mengisahkan mengenai hal-hal pelik yang berlaku di Seoul. Ia membawa satu kisah pelik yang menonjolkan elemen yang lebih seram daripada kematian, yang bermula dengan dendam, keinginan dan kutukan. Ia adalah filem omnibus dengan 10 episod yang menggambarkan era semasa dari perspektif biasa tetapi baru.

AleXa akan muncul dalam episod berdasarkan dua “Escape Room”. Se-ri menghadapi ketakutan yang menyesakkan di sebuah kafe dan ditemui selepas menerima tawaran iklan daripada Nu-ri (Ju Hak-nyeon The Boyz) dan Young-min (Bong Jae-hyun Golden Child) sebagai seorang pengaruh media sosial yang terkenal. Dia dengan rela hati menerima iklan untuk nilai wang besar sebanyak 10 juta won sebagai syarat untuk melarikan diri, tetapi dia berjuang untuk hidup dengan nyawanya terancam.

alexa

Sebaliknya, AleXa mengambil bahagian sebagai satu-satunya artis K-Pop dalam “American Song Contest” salah satu program NBC, iaitu program uji bakat Amerika yang popular, dan mengadakan uji bakat separuh akhir pada 25 April lalu dan sedang menunggu keputusan akhir.

Debut AleXa sebagai pelakon buat pertama kalinya sangat mengujakan para peminatnya. Semestinya semua peminat K-Pop akan menantikan keluaran tayangan ini kan? Tunggu info seterusnya okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...