Ikuti Kami:

Alami Simptom ‘Anxiety’, IST Umum Jiyoon Keluar Dari WEEEKLY

Alami Simptom ‘Anxiety’, IST Umum Jiyoon Keluar Dari WEEEKLY

Berita sedih buat peminat WEEEKLY…

Pada 1 Jun, agensi bagi WEEEKLY iaitu IST Entertainment mengumumkan bahawa Ji-yoon akan undur diri dari kumpulan tersebut, akibat masalah kesihatan.

Dalam satu kenyataan yang dikongsi di akaun Twitter rasmi WEEEKLY, IST Entertainment menjelaskan alasan penarikan diri Ji-yoon. Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan:

Helo. Ini adalah IST Entertainment.

Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tulus kepada semua ‘Daileee’ (nama kelab peminat) atas kasih sayang yang besar anda berikan kepada WEEEKLY, dan kami ingin menyampaikan pengumuman mengejut ini dengan hati yang berat.

Selepas mengalami simptom ‘anxiety’ semasa melakukan promosi, Shin Ji-yoon dari WEEEKLY telah berehat dua kali pada musim panas lalu dan musim bunga ini untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada rawatan dan pemulihannya.

Dengan kesihatan artis sebagai keutamaan kami, Ji-yoon sendiri, keluarganya, pakar perubatan dan IST Entertainment telah berbincang dengan berhati-hati sama ada dia bersedia untuk meneruskan aktivitinya. Walau bagaimanapun, kami telah mencapai keputusan bahawa Ji-yoon perlu berada dalam persekitaran di mana dia boleh memberi tumpuan kepada kesihatan mentalnya di atas segala-galanya dan dia harus terus memberi tumpuan untuk menerima rawatan.

Oleh itu, pada 1 Jun 2022, Ji-yoon secara rasmi akan menamatkan aktivitinya sebagai ahli WEEEKLY, dan WEEEKLY akan meneruskan perjalanan mereka sebagai kumpulan enam ahli.

Terima kasih.

weeekly

Semoga Ji-yoon baik-baik sahaja…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...