Sedih rasanya apabila mendengarkan kisah selebriti Korea yang mengalami masalah kesihatan mental dan fizikal kerana kerjaya mereka.
Terbaru, Jeong-yeon daripada kumpulan TWICE dikhabarkan bakal berehat daripada aktiviti promosi album baru kumpulan tersebut kerana mengalami masalah kebimbangan secara psikologi. Selepas berbincang dengan ahli TWICE yang lain, agensi mereka iaitu JYP Entertainment memutuskan untuk memberikan gadis itu waktu berehat bagi mendapatkan bantuan perubatan secara profesional.

Dari kiri: Tzuyu, Chae-young, Jeong-yeon, Da-hyun, Na-yeon, Mina, Ji-hyo, Sana, Momo
Menurut agensi tersebut lagi, mereka meletakkan kesihatan artis sebagai yang paling utama dan memilih untuk mengecualikan Jeong-yeon daripada aktiviti promosi “Can’t Stop Me” yang bakal berlangsung tak lama lagi. Bahkan mereka meminta agar peminat akan terus menyokong proses penyembuhan ahli TWICE itu.
Semoga Jeongyeon dapat berehat secukupnya.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.