Ikuti Kami:

Alami Kecederaan Serius, Park Boyoung Berehat Sementara Daripada Dunia Lakonan

Alami Kecederaan Serius, Park Boyoung Berehat Sementara Daripada Dunia Lakonan

Mesti semua kenal dengan pelakon genit iaitu Park Boyoung kan? Wanita ini sangat terkenal dengan bakat lakonannya yang hebat. Antara drama popular lakonannya ialah “Oh My Ghostess”, “Strong Woman Bongsoon”, “Abyss” dan banyak lagi. Meskipun sentiasa tampil dengan perwatakan yang ceria, siapa sangka Park Boyoung sudah lama menanggung kesakitan akibat kecelakaan lama.

Menurut agensi naungan wanita itu, dia akan berehat sementara daripada aktiviti seni bagi memberi fokus kepada kesihatannya.

“Park Boyoung telah menerima rawatan susulan kecederaan lengannya semasa satu penggambaran dahulu dan dia juga telah melalui satu pembedahan bagi membuang parut di lengannya itu.”

park boyoung berehat seketika daripada dunia lakonan

Pelakon wanita itu turut berkongsi berita itu bersama peminatnya menerusi satu siaran langsung di platform V Live.

“Sudah lama lengan saya mengalami kecederaan namun saya tiada masa untuk merawatnya. Hanya kini saya mempunyai masa terluang untuk memulihkannya. Saya sepatutnya memakai anduh tetapi saya menanggalkannya pada hari ini. Mereka mengkhabarkan bahawa saya perlu menyarungkan anduh selama 6 bulan dan anda mungkin akan ternampak saya memakainya.”

“Saya akan berehat seketika demi kesihatan dan ia bukanlah sesuatu yang saya boleh tangguhkan. Mungkin akan mengambil masa yang lama sebelum saya kembali ke dunia seni. Mungkin juga akan ada suara-suara yang mengutuk mengenai rehat saya ini tetapi tiada apa yang boleh dilakukan. Saya akan menyertai pelbagai projek pada masa hadapan apabila saya betul-betul sihat nanti.”

park boyoung berehat seketika daripada dunia lakonan

Dia juga turut meluahkan rasa tertekannya dengan situasi itu. “Saya tidak dapat menceritakan segalanya dengan terperinci. Ada banyak yang mahu saya kongsikan tetapi saya tidak akan berkata apa-apa. Apabila saya sudah menyusun kata dan fikiran, saya akan berjumpa lagi dengan para peminat.”

Harapnya Park Boyoung dapat menjalani rawatan yang intensif bagi memulihkan kecederaannya itu.

Sumber: Soompi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...