Ikuti Kami:

Akui Makanan Malaysia Sedap, Ikuti Temubual Eksklusif Cha Eunwoo Bersama KimchiDaily

Akui Makanan Malaysia Sedap, Ikuti Temubual Eksklusif Cha Eunwoo Bersama KimchiDaily

Siapa sangka ramai peminat Malaysia yang dapat melihat Cha Eun-woo secara berdepan semasa perjumpaan peminat ‘2024 Just One 10 Minutes [Mystery Elevator]’ di Kuala Lumpur anjuran Viu baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, KimchiDaily turut mendapat peluang dari Viu untuk menemubual bersama idola dan pelakon kacak itu selain sempat bertanya pelabagai perkara termasuklah hal peribadinya.

1. Awak sudah beberapa kali ke Malaysia. Apa yang awak rasakan terbaik di sini?

Saya suka makanan sedap di sini dan apa yang paling saya suka ialah sorakan hebat dari peminat Malaysia yang mengalu-alukan kedatangan saya setiap kali ke sini.

2. Boleh awak terangkan lebih mengenai drama terbaru “Wonderful World” dan mengolah mengenai personanya?

“Wonderful World” ialah kisah mengenai orang yang mengalami luka yang sama bersatu untuk menyembuhkan hati masing-masing. Saya membawa watak Kwon Sun-yul, yang membesar dalam keluarga kaya tapi memilih untuk hidup susah. Saya percaya saya mampu memaparkan sisi semula jadi dan jujur watak itu.

cha eunwoo

3. Khabarnya, awak terlibat dengan proses penulisan semua lagu dalam album <ENTITY>. Boleh awak terangkan inspirasi di sebaliknya?

Biasanya, saya ada tabiat menulis lirik atau ayat yang terlintas di fikiran dalam buku nota. Sejak beberapa tahun ini, saya telah mengumpul apa yang ditulis dan menzahirkan apa isi yang sama menerusi <ENTITY>.

4. Mesej yang awak mahu sampaikan menerusi <ENTITY>?

Saya mahu meluahkan secara kasual mengenai individu yang dikenali sebagai ‘Cha Eun-woo’ dan ‘Lee Diong-min’. Saya cuba serlahkan apa yang dilihat, didengari dan dirasai dalam album ini. Saya harap kalian boleh mendengar bahagian itu dengan tekun dan memahami maksudnya.

5. Apabila terbeban dengan kerja, apa yang akan awak lakukan untuk tenangkan diri?

Saya lebih suka berehat di rumah berbanding melakukan sesuatu yang istimewa.

6. Bagaimana awak menguruskan bebanan untuk menjaga imej di mata umum?

Sebagai seorang artis, terdapat aspek yang memerlukan perhatian lebih kerana lumrah kerjaya ini. Walau bagaimanapun, Saya tidak berada di bawah sebarang tekanan untuk menjaga imej itu. Dari mencipta sesuatu imej, saya cuba menonjolkan sisi yang ikhlas dan jujur.

cha eunwoo

7. Bagaimana awak mengekalkan hubungan dengan peminat dan apa peranan mereka dalam kerjaya awak?

Saya tak boleh ganti peminat saya, mereka ialah keutamaan saya. Jikalau ada masa, saya akan berusaha untuk berkomunikasi dengan mereka melalui siaran langsung atau media sosial bagi menguatkan jalinan kami.

8. Apa yang awak akan lakukan 10 tahun akan datang?

Saya agak yang saya akan menyertai kerja yang pelbagai serta aktiviti album yang lebih banyak berbanding sekarang nanti. Saya akan terus bekerja keras secara domestik dan global, bertemu peminat dan melibatkan diri secara aktif dalam pelbagai projek.

Jangan lupa untuk dengar kesemua lagu Cha Eun-woo dalam album <ENTITY> tau!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...