Ikuti Kami:

“Aku Pantang La Orang Kutuk BP” – Tegur Jangan ‘Taksub’ K-Pop, Peminat BLACKPINK Marah Shuib

“Aku Pantang La Orang Kutuk BP” – Tegur Jangan ‘Taksub’ K-Pop, Peminat BLACKPINK Marah Shuib

Baru-baru ini, pelakon dan pelawak, Shuib Sepahtu menerusi sesi langsung di Instagram berpesan kepada orang ramai agar sentiasa menjaga diri dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam mengekang penyebaran wabak pandemik. Dalam kesempatan itu, Shuib turut menegur anak-anak muda Islam yang terlalu obses dengan artis K-pop seperti BTS dan Blackpink.

Menurutnya, ibu bapa mempunyai hak untuk memarahi anak-anak yang terlalu mengidolakan artis-artis itu. Anak-anak sepatutnya diajar menjadikan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat sebagai ikutan.

Bagaimana pun, teguran tersebut nampaknya tidak disambut baik oleh seorang peminat fanatik kumpulan Blackpink. Malah, dia turut melenting sehingga mengaitkan perkara yang tidak sepatutnya.

peminat blackpink marah shuib peminat blackpink marah shuib

Tindakan melampau itu ternyata telah mengundang rasa marah netizen. Mereka menyifatkan peminat obses ini melampaui batas dan terlalu mengikut emosi. Menurut netizen, orang sebegini sejenis yang tidak boleh ditegur dan sentiasa merasa diri betul.

peminat blackpink marah shuib peminat blackpink marah shuib peminat blackpink marah shuib

Sementara itu, netizen turut mempertahankan Shuib dengan menyatakan nasihat tersebut adalah demi kebaikan semua. Malah, Shuib sendiri tidak pernah mengutuk mana-mana idola K-pop sebaliknya hanya memberi teguran.

Ada betulnya teguran Shuib itu, minat jangan berlebihan. Kena ada batasannya, betul tak?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...