Akhirnya, ada wanita dari Malaysia yang akan debut sebagai idola K-Pop!
Terbaru, agensi hiburan Lean Branding telah memperkenalkan ahli yang akan debut dalam kumpulan gadis baru, bakal ditubuhkan di bawah syarikat itu.
Menarik perhatian, Lingling, gadis berusia 20 tahun dari Malaysia turut dipilih sebagai salah seorang yang akan debut dalam kumpulan tersebut.
View this post on Instagram
Menerusi Instagram, Lingling meluahkan rasa terujanya dengan menulis,
Pentas yang aku rindukan.
Kini, aku mulakan semula.
Untuk pengetahuan, Lingling pernah menyertai program survival Mnet “I-Land 2: N/a” sebelum ini namun, tidak berjaya mara hingga ke peringkat akhir.
Sementara itu, debut kumpulan tersebut telah dijadualkan pada akhir Mei nanti.
Nantikan!