Ikuti Kami:

“Aku Cinta Kamu” – VIP Puas Hati, Peminat Emosi Lihat Persembahan Taeyang Di Sarawak

“Aku Cinta Kamu” – VIP Puas Hati, Peminat Emosi Lihat Persembahan Taeyang Di Sarawak

Setelah sekian lama, Taeyang BIGBANG akhirnya kembali menemui peminat di Malaysia!

Terbaru, Taeyang telah menyertai festival muzik ‘Borneo Music Festival’ yang diadakan di Kuching, Sarawak.

Dinantikan ramai, persembahan Taeyang telah menerima sambutan meriah terutamanya VIP yang sudah lama menunggu BIGBANG datang ke Malaysia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azfar Herisyam (@azfarheri)

Menerusi beberapa video yang dikongsi peminat, lelaki itu mempersembahkan lagunya seperti “Wedding Dress”, “Eyes, Nose, Lips”, “Vibe” dan banyak lagi.

Semasa sesi berborak bersama penonton, Taeyang meluahkan rasa cintanya dengan berkata,

Aku cinta kamu.

Di penghujung konsert, Taeyang juga sempat mengusik peminat dengan menyanyi sedikit lagu BIGBANG “BANG BANG BANG”.

Selain Taeyang, artis Korea lain yang turut hadir membuat persembahan adalah Lee Hi, Suho EXO, CL, Hyo-yeon SNSD dan ramai lagi.

Untungnya siapa yang dapat pergi!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...