Ikuti Kami:

“Aksi Tak Kalah Dari Cerita Ori”- Peminat Tempatan Bagi Thumbs Up Adaptasi W: Two Worlds Malaysia

“Aksi Tak Kalah Dari Cerita Ori”- Peminat Tempatan Bagi Thumbs Up Adaptasi W: Two Worlds Malaysia

Selalu blushing bila tengok drama Korea? Apa pendapat korang bila drama Korea diadaptasi kepada versi Malaysia? 

Paling latest, Viu Malaysia telah mengadaptasi siri popular Korea tahun 2016, W Two Worlds lakonan Lee Jong Suk dan Han Hyo Joo. Versi Malaysia, Hun Haqeem dan Daiyan Trisha telah memegang watak utama sebagai Aliff dan Izara.

W: Two Worlds Malaysia Adaptasi Ikut Norma Masyarakat

VIU (KD)

Masih mengekalkan jalan cerita yang sama, W: Two Worlds yang boleh ditonton di platform penstriman Viu ini mengisahkan pencipta siri komik popular W, Omar Yusuf (Faizal Hussein) yang hilang tanpa jejak.

Omar Yusuf juga merupakan bapa kepada Izara (Daiyan Trisha) seorang doktor pelatih. Satu hari secara tidak sengaja Izara telah termasuk ke dalam dunia komik ciptaan bapanya, semasa dia mencari ayahnya yang tiba-tiba hilang.

VIU (KD)

Dalam semesta yang lain, Izara telah ‘ditarik’ masuk ke dalam dunia W. Di situ, dia telah menyelamatkan nyawa Aliff (Hun Haqeem) yang sedang terbaring berlumuran darah selepas diserang individu yang tidak dikenali.

Takdir hidup mereka bersimpul apabila Aliff yang sedang menjejaki pembunuh keluarganya 10 tahun lalu, merasakan suspeknya berkaitan dengan Izara. 

Di tengah-tengah konflik ini sempat pula mereka tangkap cinta. Kami tengok, kami yang blushing sebab sweet sangat karakter Aliff dengan Izara ni. 

Adakah Aliff Dalang Pembunuhan Keluarga Sendiri? 

Dari satu plot twist ke plot twist yang lain, merungkai perkaitan antara Izara, Aliff dan Omar Yusuf. Memang tak senang duduklah layan siri ni!

VIU KD

Komen penonton di Instagram Viu

VIU KD

Komen penonton di Instagram Viu

Persoalan utama, adakah Aliff sebenarnya yang bunuh keluarganya sendiri dan adakah cintanya bersama Izara akan berakhir bahagia? Korang kena tunggu lah sampai episod terakhir, berbaki 4 episod je lagi, korang boleh tengok W: Two Worlds secara eksklusif di Viu. 

Pastikan korang sentiasa up to date dengan siri-siri menarik lain di Viu dengan melayari laman web rasmi Viu atau ikuti laman sosial rasmi Viu di Facebook, Instagram dan TikTok.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...